Saturday, July 23, 2016

Cara Pulihkan Kulit Rosak

Assalamualaikum

Entry yang awas aku dah buang set collagen plus ni memang dapat sambutan hangat sebab ramai jugak yang dah kena macam I. Kulit mula-mula flawless meletop but then hancur berkecai menggerutu jerawat kusam mengelupas...semua lah! Ramai yang dok tanya macam mana I revocer balik kulit I. Ada yang tanya kat FB, Twitter, IG. Jenuh nak jawab satu-satu naaaa. Time kulit sedih dulu, macam-macam cara I buat. G klinik kulit la, facial la. Tapi tak jalan. Last-last I rajinkan diri baca article, tengok youtube. Lama gak la nak tengok kesan. Dalam sebulan 2 bulan. Ntah. Tak ingat.


Yucksss. Ni effect lepas pakai skincare. 

Kiri: Sebelum pakai skincare
Tengah: Tengah pakai skincare
Kanan: Selepas pakai skincare



Ni sejarah hitam kulit I lepas pakai product Tuuuuuuuuuuut yang ada mercury. Memang hancur weh. Memang rasa down sangatMakin stress makin jadi! Yang atas kiri sekali, tu time pakai skincare tu laaa..memang flawless meletop! Then amik kau, dia jadi menggerutu macam kiri bawah then tumbuh jerawat batu macam yang kanan tu. 

Kulit I dah takde melanin dah kot. Huhu




Ok. Ni yang betul. I pakai Yanko skincare. Memang takde jerawat dah.  Kalau ada pon, seketul 2 je tumbuh. Biasala, hormon. LOL! Skarang kulit takde la flawless glowing, tapi Alhamdulillah dah tak menggerutu. Nak flawless glowing kene rajin minum air kosong, g facial treatment, amik suppliment, cucuk cucuk ke. LOL.

Nak order Yanko skincare, boleh whatsapp saya: 018-8714008. 

Meh sini I share kat blog ni pulak:

my skincare essentials

1. Cuci muka Pakai berus muka


Ni berus muka I pakai. Boleh beli kat mane2 kedai mekap biasa. Kat Daiso pon ada jugak. Kalau mampu, beli yang electronic. Macam iols malas nak spend $$$ on this. So beli yang harga RM15 ni jek. Before tau kewujudan berus muka ni, I pakai berus gigi soft bristle. Boleh jek. Tapi jangan pulak lepas gosok gigi hang gosok muka. Ew Ew Ew -___- Sediakan la berus gigi lain. Tapi tak puas lah. Ada je yang berus muka brand Pobling etc.

Reason: Buang minyak or anything yang melekat kat muka. Even kita dah basuh muka pon, tak bersih actually. Still melekat especially bila kita pakai foundation ke, bedak ke, cream ke kat muka ni. Memang tend untuk tersumbat la pori. So dengan berus muka ni, it cleans deeply. I dah buat experiment. Even dah basuh muka, bila lap pakai tissue still ada kotoran. Wet tissue or toner pon tak jalan. So, memang tak bersih la kalau basuh gitu jek.

Cara: Basahkan muka, letak cleanser sikit kat tangan then sapu kat muka, then berus. Then bilas.

One more thing, JANGAN KERAP CUCI MUKA. Cukup la 2 kali sehari. Before ni I ingat kerap cuci muka ni elok. Konon nak buang minyak. But then, yes, memang buang minyak. Bila muka kurang minyak, for sure muka kering. Then bila muka kering, nanti muka akan keluarkan minyak berlebihan.

Satu lagi, JANGAN PAKAI PENCUCI MUKA BENTUK SABUN / BAR SOAP. Sebab bar soap ni kuat, memang rosak kulit. Less soap, lagi elok. Ada orang recommend Cetaphil. I pernah pakai tapi tak lama sebab I tak suka dia macam langsung takde sabun. Muka I jadi berminyak. Sekarang I pakai Yanko Cleansing foam facial cleanser jek. Memang soft kat kulit.

Nak order, boleh whatsapp saya: 018-8714008.


Say NO to Bar soap / Sabun Buku

2. Pakai TONER!



Toner sekarang I pakai Magic Toner. Pernah gak try pakai toner jual kat watson/guardian. Tapi still ada peeling and pedih2. Maybe sebab harsh ingredients kot. Please Please avoid yang toner ada alcohol. Nak try magic toner ni, boleh ws i: 018-8714008

Reason: Cuci muka saje tak bersih. Even u pakai facial brush. Tak caye, cuba try! Hehe. Lagi satu, lepas cuci muka tu pori terbukak tau. So, kte tutup balik ngan toner. 

Cara: Lepas cuci muka, spraykan toner kat cotton pad. Then lap2 la kat muka. 

3. Tepek Bedak Sejuk


 


Bedak sejuk boleh je pakai bedak sejuk mana-mana. Sekarang I pakai Bedak Sejuk Mek Ana. Dulu time kulit sedih I pakai bedak sejuk yang biasa. Yang biji-biji putih. Lupa dah brand dia.

Reason: Orang dulu-dulu mana ada cream la apa la. Bedak sejuk je. Memang menyejukkan muka. Pakai tiap malam okay!

Cara: Pecahkan bedak sejuk tu, gaulkan skali ngan air. Kalau nak lagi elok, campurkan bedak sejuk + air + Madu. Then sapukan kat seluruh muka. Jangan sampai mata pulak.

4. Rajinkan diri tepek mask


 

pakai mask buat sendiri. Serbuk kunyit + Yogurt. Ramai orang tanya, tak kuning ke muka? TAK. Sebab dah gaul skali ngan yogurt. I pakai tiap malam (time nak sembuhkan kulit menggerutu jerawat batu dulu). Lepas pakai tu rasa flawless gila.

Reason: Orang india, before kawen dorang akan tepek serbuk kunyit gak. Serbuk kunyit ni mampu untuk buat kulit flawless.

Cara: Gaulkan serbuk kunyit + Yogurt sampai la jadi mask. Jangan cair sangat.
Kalau taknak yogurt, gantikan dengan Tepung kacang dhal. Salah satu laaa. Tepung kacang dhal buat kulit jadi lembut.

Kadang pakai mask lemon + honey. Buat sendiri jugak. Honey tu anti-bacteria. So, bila ada jerawat tu cepat je elok. Lemon tu mampu untuk putihkan kulit.

Nah, ni yang I dapat kat FB. Boleh gak try kat rumah. Click kat gambar untuk large view: 


5. Scrub muka


I tak pernah try scrub lain, I prefer pakai St Ives punye scrub. I pakai yang Apricot scrub. Suka sangat bau dia, then bila lepas pakai tu kulit rasa licin sangat. I dapat tau St Ives ni dari Youtube la. Ramai orang recommend.

Reason: Scrub ni untuk buang kulit mati. Scrub dengan kata lain Exfoliation / Exfoliate.

Cara: Lepas basuh muka ngan cleanser, I slalu pakai scrub. Tapi seminggu 2 kali je la. X elok kalau kerap sangat. Nanti muka kering pulok.

6. Lap Muka Pakai Tissue 

I prefer lap muka pakai tissue and not tuala! Why? Sebab tuala kot-kot ada kuman ke daki ke. Bayangkan, lepas lap itu ini kau pulak nak lap muka. Memang la kuman daki semua melekat kat muka. So, aku prefer pakai tissue bila nak keringkan muka.

oh ya, sebelum I lupa...kalau uols nak tukar skincare, jangan terus tukar. Kena rehatkan kulit dulu for a week or 2 weeks. Bebas. Biarkan kulit bebas. Kalau tak, that's why la kulit tumbuh jerawat menggerutu...sebab kulit terkejut. LOL. So, jangan okay!

7. Pakai Soothing Gel


I pakai FaceShop Jeju Aloe 99%. I pakai ni time malam jek. Since I pakai Yanko, i selang selikan. I dah tanya orang kat kedai tu, kalau kita ada pakai serum or night cream cane nak apply. Boleh campur tak. Dia cakap kena selang seli. Contoh: malam ni pakai yanko night cream, malam esok i pakai gel ni. I suka bau diaaaa. Sangat fresh. Ni pon elok untuk tepek kat muka time sunburn. Memang sejuk jek. Don't worry, tak melekit pon. 

Reason: Untuk lembapkan kulit. Kalau kulit kering sangat tu, g la apply. Mengelupas ke, try pakai ni.

Cara: Ni cara i. Lepas cuci muka, apply toner, I akan apply ni. Time malam jek. Member i apply ni before dia nak make up. 

* * * * * *


Like I said earlier, I pakai Yanko skincare jek. Ni bukan product local tapi dari Taiwan. So kalau nak order, please whatsapp me: 018-8714008. Dapatkan yang original dari I k. 

So, tu je la tips yang I nak share kat sesape yang ada masalah kulit macam I.  Memang banyak JANGAN sebab yela, kata nak repair kulit kan? Hihi. Lagi satu, minum air kosong. .. flush out smua toxin2 dalam badan.



* * * * *

Tadaaaaaaaa. This is my skin now! Hasil daripada Yanko Skincare. Hehehe



Sekian, Thank you.








Nak order Yanko skincare, boleh whatsapp: 018-8714008


31 comments:

  1. Hi nessa. How long u nak recover dapat kulit u balik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama jugak la sebulan 2 bulan. tak ingat.

      Delete
  2. ada parut tak lepas tumbuh jerawat tu ? kalau ada , macam mana awak hilangkan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, scrub la. Ni alhamdulillah dah licin even ada kawah sikit2. Hahaha. sebab i suka picit.

      Delete
  3. yogurt tu pakai yogurt apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. plain yogurt yang jual kat kedai grocery tu jek

      Delete
  4. Berus tu awak beli dkt mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli kat kedai merepek yg jual mekap, rambut pelesu etc tu awak

      Delete
  5. Assalamualaikum
    suka baca blog awk ni.byk tip2 awk kongsikan.smoga niat awk membantu kwn2 yg tgh dilanda mslh kulit yg sama di berkati Allah...boleh sy tahu tak serbuk kunyit yg awk guna tu pakai jenama apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Amiin Amiin Amiin. Thank you. hehe. Aah mmg nak bantu sebab ramai yang terjebak. Serbuk kunyit tu tak ingat, tapi boleh je pakai pape serbuk kunyit. Hihi. As long as mix ngan plain yogurt. Kalau serbuk kunyit + tepung kacang dhal pon boleh sbb kasi lembutkan kulit muka

      Delete
  6. Bedak sejuk tu boleh bawak tidur tak? Masker kunyit tu kena pakai berapa kali seminggu eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jek bawak tidur, tapi alaskan bantal ngan towel la tkut nnti kne bantal. saya pakai masker kunyit 2-3 kali sminggu jek. Hihi

      Delete
  7. Assalamualaikum . Terimakasih bagi tips yg sngt membantu . Semoga flawlss slalu yek .

    ReplyDelete
  8. Salam nisa. Nk tnye..yg bintik2 putih timbul tu hilang trus ke? Dlm gmbr awk yg mse kulit teruk tu.. tgk mcm hlg trus.. mcm mne ye hlg kan ? Sy susah sgt hlg kj bintik2 putih timbul tu..mcm liang pori trsumbat pfftt..da mcm2 scrub pun xjln. Awk ada pergi facial ke buang? Or hasil bermasker yogurt tu mmpu hlg kan? Tq tq .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. aah Alhamdulillah da xde now. Tapi before dia hilang tu, dia akan jadi jerawat batu (bernanah). Kira jerawat bintik putih (whitehead) tu jerawat jenis yang tak masak lagi laa. I picit....heeeeeeeeeeee. geram sbb banyak sangat & ya, i pergi facial once untuk picit whitehead tu sbb tlalu banyak. masker yogurt tu untuk kasi glowing

      Delete
  9. Salam nisa

    Sebelum ni saya guna produk yg awk mention in previous post. Jadi gatal2 dan merah bila bangun pagi.

    Exactly hari ni saya nak berhenti pakai bende tu sbb baru realise yang gatal berpunca dari cream malam (sbb ingat allergic...tapi takde allergic pin seblum ni.)

    Saya nak tanye, bila saya boleh apply tips yang nisa bagi? Kene tunggu seminggu ke macm mne. Gatal nye MasyaAllah. Smpai pedih muka saya hari ni.

    Sedih sgt sbb muka tumbuh jerawat halus terutama bahagian dahi dn pipi.

    Terima kasih in advance nisa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dear. yeke? kesian awak. Better stop lah. Boleh start apply dah.

      first u stop pakai tau krim tu. jgn tepek pape skincare dulu. bia kulit rehat at least for couple weeks. kalau boleh, within a month. Yang tips i tu boleh je terus apply. no harm sbb yang mask2 tu akan d basuh. better u tepek bedak sejuk+honey. Honey tu untuk lawan kuman2 jerawat tu. InshaAllah u will be fine.

      I dulu pon teruk kat bahagian pipi & dahi. Tumbuh jerawat nasi (jerawat halus) tu, padahal tak pernah stop pon. org ckap stop/skip akan jadi teruk. tapi i pakai makin teruk. tu la i stop. Dia naik jerawat nasi then jerawat batu menggerutu.

      All the best k!

      Delete
  10. Kunyit abbas tu boleh ke gune?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. As long as serbuk kunyit. Kunyit betul pon boleh la kot. Tapi i tak pernah try plak. haha

      Delete
  11. saya tengah amal kan tips yg awak bg ni .sama sngat masalah awk dan saya .sedih sangat balik kg raya semua tgur kulit x lawa dah . tqsm dgn tips awk .

    ReplyDelete
  12. thanks sngat finally saya jumpa org yg alami masalah yg sama dgn saya .thanks utk tips awak sy sekarang tga amalkan tips awk ni .hrp2 semuanya tips awk berkesan

    ReplyDelete
  13. Skrg xpakai skincare apa2 dh ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg pakai Yanko. Lama gak stop xpakai pape tapi tak suka tgk kulit kusam. Lagi2 lepas kena sunburn hari tu. Heeee

      Delete
  14. Sis, pkai mask yogurt+honey boleh x?

    ReplyDelete
  15. Ada lagi ke jual yanko ni?

    ReplyDelete
  16. assalam sis.thanks share ur tips.. nk tnye masker tu law lex tpung kcg dall+serbuk kunyit+yougrt bleh ke?

    ReplyDelete
  17. Hai sis, sy pun penah breakout, bkn stakat jerawat je menghuni kt muka, kulit sy jd kendur, pipi jd jatuh, bwh mata berkedut, kulit berlubang2,smpaikan akak2 yg umur 30an pngil kt sy pnggilan akak, sedih lh sy sbb sy bru umur 19 !!! dan skrg dh setahun sy stop pkai local product tu, selama setahun sy agak emosi sbb org ckp muka sy tua, org tak percaya sy ni 19,smpai nk tgok ic,taktau mcm mna cara nk sembuhkn kulit sy, selama setahun jugak sy bergntung skincare drpd farmasi, dan alhamdulillah, jerawat tu dh hilang, parut pun makin pudar, cuma kulit masih berlubang2 mcm dlu dan kulit tak tegang mcm dlu sbb pipi jatuh, bwh mata kedut, sy nk try produk sis tu.. Tp sy takut nk try.. Takut take sesuai, sbb kulit sis tu jauh beza sblum pkai yanko, lgi cantik. Hmm.

    ReplyDelete
  18. Berapa harga yanko skincare u pakai tu ?

    ReplyDelete
  19. Sy pn skrh tgh jd macam awakkk. Keluar bintik2 putih tuh. Lme2 jd jerawat batu. Sedih sgt..dh sebulan tak keluar rumah. Sb malu. Skrg bintik2 tu tgh membesar jd jerawat.tak abis lagi. Lps tu parut hitam. Mcmane awk hilangkan parut jerawat? Dan mcmane nk hilangkan bintik ni. Sb still byk lagi bintik2 tak muka. Stresss sgtt.huhu

    ReplyDelete

NO HATERS ALLOWED.
Haters + Anonymous = Chickens.